berdasarkan soalan yang diberikan oleh Encik Nik, saya berpendapat bahawa,apabila saya menjadi seorang guru besar kelak, aktiviti atau projek yang ingin saya lakukan ialah membina bangunan-bangunan baru bagi menggantikan bangunan-bangunan yang telah usang. Tambahan itu, saya ingin membaiki serta menambah infrastruktur sesebuah sekolah itu agar menjadi bertambah selesa dan cantik mata memandang. selain daripada itu, saya ingin menitik beratkan tentang kebersihan di kawasan sekolah iaitu dengan mewajibkan setipa kelas ada tong sampah agar mudah bagi para pelajar membuang sampah dan ini dapat mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan jauh dari haiwan yang kotor seperti tikus yang mana suka akan sampah dan benda-benda kotor mahupun yang busuk. Sebelum balik, setipa ketua kelas wajib memastikan sampah dalam tong sampah kelas sudah kosong iaitu samaph tersebut harus dibuang dalam tong sampah yang besar ataupun di tempat pembakaran sampah di sesebuah sekolah tersebut. Selain daripada itu, saya ingin meletakkan serta menanam beberapa pokok bunga di kawasan sekolah agar dapat menambahkan keceriaan sekolah serta dapat menjadi tempat teduhan atau perlindungan bagi para pelajar dari terkena sinaran matahari yang panas etruatam di waktu tengahari dan petang.Pasu-pasu bunga juga akan diletakkan di kawasan yang sering dikunjungi oleh semua staf sekolah seperti, pejabat dan bilik guru. Banyak projek yang boleh kita lakukan apabila menjadi guru besar kelak yang mana dapat memberikan faedah kepada kita semua. Projek terbesar juga seperti membina surau yang dapat memuatkan semua pelajar sekolah tersebut dan memudahkan lagi untuk melakukan solat zuhur berjemaah sebelum pulang dari sekolah pada tiap-tiap
petang.