Isu pemansuhan upsr dan pmr sudah di bincangkan oleh orang ramai.Isu ini menjadi semakin hangat dalam kalangan para pendidik dan para pelajar.Para pelajar akan menghadapi ujian peperiksaan sekolah rendah pada tahun enam.Setiap pelajar akan menghadapi peperiksaan upsr apabila mereka menduduki tahun 6.Iaitu pada tahun akhir mereka berada di sekolah rendah.Manakala pmr pula, para pelajar akan menghadapi peperiksaan pmr ini apabila mereka menduduki tingkatan 3.Mereka akan menghadapi peperiksaan ini sebelum melangkah ke arah yang lebih tinggi iaitu tingkatan empat dan lima yang mana akan memilih atau menuju ke satu aliran tertentu seperti aliran sains dan aliran sastera.
Pada pendapat saya,saya tidak bersetuju dengan pemansuhan upsr dan pmr. Ini kerana,dengan peperiksaan lah kita dapat menilai mahupun megukur pemahaman seseorang pelajar mengetahui tahap pemahaman mereka ketika proses pembelajaran yang sebelumnya.
Terutamanya,peperiksaan upsr ini,penting kepada para pelajar kerana akan menilai diri pelajar dalam proses pembelajaran semenjak tahun satu sampai tahun 6.Mereka yang memperolehi A yang banyak pasti merasai kegembiraan kerana dapat membuktikan bahawa dirinya sudah berjaya dan memahami subjek-subjek yang dipelajarinya.
Selain daripada itu,pmr juga penting untuk para pelajar yang berada di tingkatan tiga.Ini kerana,akan membuktikan kefahaman pembelajaran mereka semenjak dari tingkatan satu hingga tingkatan 3.peperiksaan akan membuktikan kebolehaan dan kefahaman mereka dalam pelajaran yang sudah dipelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan