kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

Jumaat, 17 September 2010

keSan TMK kepada masyarakat...

Sejak diperkenalkan pada 1840-an, komputer menjadi aset penting dalam kehidupan manusia kerana digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan, meliputi penjelajahan angkasa lepas, kajian saintifik, perhubungan, reka bentuk, automatif dan pelbagai lagi sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dengan pengkhususan dalam pelbagai bidang. Bidang sains komputer secara umumnya,adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat.Seseorang yang pakar dalam bidang komputer dipanggil saintis komputer. Pada masa ini skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan kepentingan masyarakat kerana ia amat bantu dan memudahkan kehidupan manusia.Di zaman perkembangan dunia teknologi permintaan dalam industri amat memerlukan kepakaran dan mereka yang berkelayakan dan berkebolehan menggunakan teknologi komputer menjadi perhatian majikan.Bidang komputer mendapat penawaran di universiti dalam dan luar negara kerana menjadi antara bidang progresif serta mencabar kerana  ia merupakan penemuan baru dalam sistem berkaitan teknikal.

Dalam bidang sains komputer, bahasa pengaturcaraan iaitu bahasa yang digunakan untuk membangunkan perisian komputer bagi memudahkan manusia menjalankan tugas mereka. Terdapat pelbagai cabang kerjaya yang menggunakan kemudahan perisian komputer dalam kerja mereka seperti seni reka, laman web, pengaturcaraan, database, linguistik dan kejuruteraan serta grafik.Perubahan teknologi tidak menjejaskan keperluan dan kepenggunaan komputer dalam menjana keperluan masyarakat.Pelbagai perisian canggih dengan modul pembelajaran berkualiti disediakan bagi mengimbangi corak perubahan piawaian dan kehendak pasaran. Usaha negara mewujudkan masyarakat bermaklumat adalah satu agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Di samping, menyediakan peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktiviti masyarakat.Sesungguhnya, penggunaan ICT dalam era teknologi menjadikan ia aspek wajib dalam kehidupan individu mahupun organisasi.

Tiada ulasan: