kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

Selasa, 28 September 2010

Tips-Tips Untuk Berjaya


Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan.



1. Tentukan Visi Anda.

•Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
•Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.

2. Aturkan Langkah Anda.

•Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang Masa Depan Anda sekarang!!

•Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.

4. Luangkan Masa Untuk Bertindak.

•Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik  mungkin.
•Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.

•Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
•Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
•Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.

•Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
•Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
•Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.

7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.

•Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
•Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan Doa.

•Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
•Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.

•Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
•Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar Daripada Kesilapan.

•Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
•Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

11. Sokongan Keluarga Yang Kuat.

•Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan anak-anak adalah tunjang kepada kejayaan ibubapa.
•Kebanyakan kegagalan remaja hari adalah berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibubapa.

12. Berkawan Dengan Ramai Orang.

•Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
•Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.


13. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.


•Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
•Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.


14. Berdisiplin.


•Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.


15. Amalkan Gaya Hidup Sihat.

•Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.


16. Sentiasa Jujur.


•Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus.
•Kejayaan TIDAK akan membawa apa-apa makna sekiranya ia terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu daya.


17. Hargai Masa.


•Masa adalah suata nikmat Allah yang selalu dibazirkan / disalahgunakan oleh umat manusia.
•Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.


18. Sayangilah Diri Anda Sendiri.


•Jangan terlalu fokus kepada ketidaksempurnaan / kelemahan yang ada pada diri anda.
•Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.


19. Jangan Sentiasa Mengutamakan Diri Sendiri.


•Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
•Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
•Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.


20. Sentiasa Dikalangan Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.


•Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
•Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
•Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.

Tiada ulasan: