kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

kecanTikaN diLihat dR akhlaknYe

Selasa, 19 Oktober 2010

jika aKu dilantik menJadi seOrang guru BesaR..apaKah projek yang inGin aKu laksanaKan

 

berdasarkan soalan yang diberikan oleh Encik Nik, saya berpendapat bahawa,apabila saya menjadi seorang guru besar kelak, aktiviti atau projek yang ingin saya lakukan ialah membina bangunan-bangunan baru bagi menggantikan bangunan-bangunan yang telah usang. Tambahan itu, saya ingin membaiki serta menambah infrastruktur sesebuah sekolah itu agar menjadi bertambah selesa dan cantik mata memandang. selain daripada itu, saya ingin menitik beratkan tentang kebersihan di kawasan sekolah iaitu dengan mewajibkan setipa kelas ada tong sampah agar mudah bagi para pelajar membuang sampah dan ini dapat mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan jauh dari haiwan yang kotor seperti tikus yang mana suka akan sampah dan benda-benda kotor mahupun yang busuk. Sebelum balik, setipa ketua kelas wajib memastikan sampah dalam tong sampah kelas sudah kosong iaitu samaph tersebut harus dibuang dalam tong sampah yang besar ataupun di tempat pembakaran sampah di sesebuah sekolah tersebut. Selain daripada itu, saya ingin meletakkan serta menanam beberapa pokok bunga di kawasan sekolah agar dapat menambahkan keceriaan sekolah serta dapat menjadi tempat teduhan atau perlindungan bagi para pelajar dari terkena sinaran matahari yang panas etruatam di waktu tengahari dan petang.Pasu-pasu bunga juga akan diletakkan di kawasan yang sering dikunjungi oleh semua staf sekolah seperti, pejabat dan bilik guru. Banyak projek yang boleh kita lakukan apabila menjadi guru besar kelak yang mana dapat memberikan faedah kepada kita semua. Projek terbesar juga seperti membina surau yang dapat memuatkan semua pelajar sekolah tersebut dan memudahkan lagi untuk melakukan solat zuhur berjemaah sebelum pulang dari sekolah pada tiap-tiap
petang.

MAsalah..

    

asaalamualaikum...hari ini adalah kelas Encik Nik, beliau menyentuh tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan cara menghadapinya.

1. kita belajar dulu sesuatu subjek itu sebelum belajar bersama guru atau pensyarah
2. perlu cara baru untuk belajar jika cara belajar yang sebelumnya tidak berkesan
3. tengok masalah
    (i) mempermudahkan masalah-masalah kita
    (ii) menyelesaikan masalah dengan baik.

Selasa, 12 Oktober 2010

aDviCe 2..^-^

When you feel down because you didn't get what you want, just seat and be happy.

because GOD is thinking og something better to give you.

when something happen to you, good or bad, consider what it means.

there is a purpose to life's events. 
to teach you how to laugh more ot not to cry too hard.

adviCE ^-^

In life ALLAH doesn't give you the people you want,


instead HE give you the people you need.

to teach you.

to HURT you.

and to make you the exactly the way you should be.

Isnin, 11 Oktober 2010

KSSR Terap 1 Malaysia ^-^

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.


Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.


KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.


Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.


Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.


Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.


Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.


KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.


Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.


Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.


Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.


KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.


sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan